• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Litar Antarabangsa Gong Badak Bakal Beroperasi Januari

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Litar bertaraf antarabangsa yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka dapat digunakan mulai Januari tahun hadapan.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata litar yang menelan belanja RM12.7 juta itu diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan kini 60 peratus siap.

“Pembinaannya sedang giat dibangunkan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Awal tahun depan ia dapat digunakan bagi perlumbaan permotoran,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan litar tersebut semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat.

Ahmad Razif berkata litar seluas 2.4 hektar yang dibina sejak Disember tahun lalu itu juga mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 10,000 peminat sukan permotoran.

Beliau berkata bagi mengelak gangguan bunyi di kawasan persekitaran, Jabatan Kerja Raya telah diminta untuk memasang penghadang bunyi di litar tersebut.

Ia akan turut dilengkapi komponen seperti litar cub prix sepanjang 1.35 kilometer, trek ujian pecut dan gelanggang drift. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Kata Hitam Itu Tak Cantik, Ini Buktinya…

Next Post

Minyak Masak ‘Lesap’ Dari Rak Pasar Raya

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Minyak Masak 'Lesap' Dari Rak Pasar Raya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd