• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Suri Rumah Ditahan Ketika Berpesta Dadah

oleh Ahmad Albab
28/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Aktiviti tersembunyi beberapa suri rumah yang sering berkumpul di dalam sebuah rumah sewa di daerah Tambakreja, Cilacap di Jawa Tengah akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan ketika asyik berpesta dadah.

Media dalam talian memetik Ketua Pasukan Khas Dadah Polis Cilacap, Sumanto sebagai berkata dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu, kelima-lima wanita berstatus suri rumah berkenaan sedang khayal mengambil dadah.

Katanya, polis turut merampas dua bungkusan plastik berisi dadah jenis sabu seberat 2.5 gram, satu set peralatan hisap dadah yang diperbuat daripada botol minuman, satu alat timbang dan wang tunai berjumlah Rp1 juta (kira-kira RM300).

“Bertindak atas maklumat, polis telah membuat intipan selama sebulan sebelum menyerbu sebuah rumah sewa yang dipercayai dijadikan sebagai pusat pesta dadah bagi golongan kaum wanita,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima suri rumah berkenaan berumur antara 26 dan 40 tahun berasal dari beberapa wilayah luar Cilacap termasuk Jakarta dan Bogor.

Beliau berkata polis sebelum itu menerima maklumat masyarakat mengenai kejadian pesta dadah di sebuah rumah sewa dan menahan seorang wanita minggu lepas.

Polis kemudian membuat intipan selama sebulan sebelum menahan lima wanita terbabit yang kerap datang untuk bertemu dan menghisap dadah secara beramai-ramai.

Hasil ujian air kencing mendapati kelima-lima wanita positif dadah jenis ampethamin dan mereka didakwa mengikut Undang-undang Penggunaan Dadah yang membawa hukuman lima tahun penjara.

Katanya polis masih menjalankan siasatan mengenai bekalan dadah yang mereka perolehi dan percaya sindiket berkenaan dapat ditumpaskan di daerah itu tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd