• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Miliki 13 Rekod Jenayah Diberkas Ketika Menyamun

oleh AK-47
15/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah kedai perabot di Jalan Besar, Jelapang di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohd Nor Rasid berkata suspek yang berumur 33 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah itu mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Katanya polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 2.30 petang yang turut membantu menangkap suspek.

“Semasa kejadian, suspek bersama dua lagi rakan yang menaiki dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC dengan bersenjatakan parang masuk ke kedai perabot itu untuk menyamun.

“Seorang daripada suspek telah menetak seorang pekerja berumur 50 tahun yang merupakan warga Bangladesh dan sempat melarikan sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata orang awam yang melihat kejadian itu bertindak menendang motosikal seorang suspek sehingga terjatuh dan menyerahkannya kepada polis, manakala yang lain melarikan diri.

Mohd Nor berkata mangsa yang mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan belakang parang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

Katanya polis berjaya merampas motosikal jenis Honda EX5 yang menggunakan nombor plat palsu serta wang tunai berjumlah RM655 hasil samun, manakala suspek akan direman esok. – BERNAMA

Tags: Jenayahsamun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Kelantan Wujudkan Semula Program Jelajah

Next Post

Kursus Persediaan Di Malaysia Sebelum Ke Asia Barat

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

Next Post

Kursus Persediaan Di Malaysia Sebelum Ke Asia Barat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd