LUPAKAN selfie! Lelaki ini ada cara yang lebih unik untuk mengabadikan kenangannya sepanjang melawati tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di Eropah.
Travis De Rose, jejaka berasal dari Amerika Syarikat ini mengambil pendekatan melakukan gaya jalan ‘moonwalk’ yang dipopularkan mendiang Raja Pop, Michael Jackson semasa percutian Euro Trip-nya, baru-baru ini.
Moonwalk merupakan gaya jalan ke belakang yang dipopularkan Michael ketika di era kegemilangannya.

Menurut Travis dia mendapat ilham itu ketika di Ireland semasa sedang merakam gambarnya di hadapan sebuah istana lama.
“Daripada berdiri dan kelihatan pelik dalam gambar, saya mula moonwalk dan hasilnya agak menarik juga.
“Dari situ, saya mula ambil keputusan untuk moonwalk setiap tempat yang saya lawati,” katanya dipetik Daily Mail UK.

Video yang dimuat naiknya di Youtube, Guy Moonwalks Across Europe setakat ini sudah ditonton lebih 51,000 kali. – MYNEWSHUB.CC