• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Transaksi Wang Yang Mencurigakan – KDN

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kalangan pengamal pematuhan kawal selia perbankan di negara ini perlu berani membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai sebarang transaksi wang mencurigakan yang mungkin membabitkan kegiatan keganasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan, ini penting bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil untuk mengekang sebarang kegiatan pengganas.

Namun, katanya, apa yang menjadi masalah adalah transaksi itu adakalanya tidak membabitkan jumlah wang yang besar.

“Aktiviti keganasan ini tidak memerlukan wang yang banyak sebagai insentif melakukan perbuatan (ganas). Jumlah seperti RM2,000 hingga RM5,000 mungkin sukar dikesan kerana dalam tempoh sehari misalnya, berjuta-juta transaksi perbankan melibatkan angka yang kecil.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan sebarang usaha seperti langkah Bank Negara Malaysia (BNM), Institut Kewangan Asia (AIF) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menganjurkan persidangan seperti ini,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan Kali Kelapan 2016 (IFCTF) di sini, hari ini.

Persidangan dua hari yang dihoskan bersama AIF dan Kumpulan Jaringan Pegawai Pematuhan (CONG), bertujuan membantu pengamal serta profesional pematuhan dari segi tadbir urus, (pengurusan) risiko dan aspek kepatuhan menerusi perbincangan pelbagai risiko dihadapi industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.

ICFTF 2016 bertemakan ‘Peningkatan Risiko Pematuhan : Menangani Trend Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan,’ juga menyentuh risiko dihadapi industri serta aliran jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Nur Jazlan menggesa para delegasi, terutama pengamal di peringkat tempatan untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada negara.

“Sebagai anggota kumpulan pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), nasihat terbaik yang saya boleh berikan kepada anda semua adalah berkhidmatlah pada tahap integriti paling tinggi, kesedaran paling tinggi serta rasa cintakan negara pada tahap paling tinggi.

“Ini semua adalah teras bagi memastikan negara ini dapat terus makmur sehingga masa depan.

“Aspek keperluan kawal seliaan ini kian ketara seiring peningkatan daya saing dunia akibat integrasi global. Jika Malaysia tidak menjadi sebahagian sistem global, sukar bagi negara ini mendapatkan modal atau pelaburan untuk tujuan pembangunan,” tegasnya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd