• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkawi Jadi Hab Antarabangsa Ke-6 AirAsia

oleh AK-47
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenamnya di Malaysia.

Syarikat penerbangan itu mempunyai hab antarabangsa di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar berkata Langkawi menawarkan potensi luas untuk pertumbuhan susulan pelancaran penerbangan laluan ke Guangzhou, China pada awal 2016.

“Kami berhasrat mengadakan lebih banyak penerbangan ke dan dari Langkawi tahun depan dan menjadikan lapangan terbang itu sebagai hab antarabangsa baharu bagi AirAsia.

“Ketika ini, AirAsia bergantung kepada pesawat kami dari Kuala Lumpur untuk mewujudkan kesalinghubungan ke Langkawi, namun tahun depan, kami berharap beberapa pesawat dapat berpangkalan di sana.

“Lazimnya, apabila kita mewujudkan hab, adalah ekonomi untuk menempatkan minimum dua pesawat di sana,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Pelancongan Dunia 2016 di sini, hari ini.

Aireen berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) kerap mencapai kapasiti penuh semasa musim perayaan.

“Tempat letak pesawat dan terminal kami sangat sesak semasa musim perayaan dan saya telah mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya memperluaskan lapangan terbang sedia ada atau membina terminal kos rendah lain khusus bagi memenuhi permintaan industri pelancongan.

“PIA menawarkan potensi besar kepada AirAsia namun ada kekangan infrastruktur. Lebih baik kami mempunyai terminal khusus untuk kos rendah di Pulau Pinang, supaya mudah memperkembangkan kesalinghubungan itu dengan destinasi semasa kami,” katanya.

Aireen berkata syarikat itu turut menyasarkan peningkatan jumlah pesawatnya daripada 205 kepada 500 pesawat menjelang 2028 untuk memenuhi pertumbuhan luar biasa dalam industri pelancongan kos rendah.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mempunyai lebih 275 laluan di 23 negara dan terbang ke lebih 117 destinasi, termasuk 85 laluan khusus kepada AirAsia.- BERNAMA

Tags: AirAsiapesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd