• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Video Samun Guna Parang Kali Ini Di Banting

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJADIAN membabitkan samun menggunakan parang sekali lagi menjadi viral menerusi laman sosial dan kali ini berlaku di sebuah kedai runcit di Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Video kejadian samun terbaharu berdurasi dua minit 39 saat itu memaparkan saat mencemaskan tiga mangsa yang disamun dua lelaki yang bersenjatakan parang.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada Rabu lalu kira-kira pukul 2.25 petang seperti yang dipaparkan dalam rakaman litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki berkaca mata bertindak menetak botol di hadapan tiga mangsa di kaunter bayaran.

Ketiga-tiga mangsa kelihatan terkejut dengan kejadian itu cuba menjauhkan diri daripada suspek sebelum salah seorang daripada suspek cuba merampas telefon bimbit daripada mangsa wanita yang tengah sarat mengandung.

Suspek bagaimanapun berjaya merampas telefon bimbit wanita berkenaan dan mengambil wang di dalam laci serta memecahkan cermin almari menyimpan rokok.

Seorang lagi suspek yang memakai topi bewarna biru mengarahkan ketiga-tiga mangsa keluar dari kaunter bagi memudahkan rakan subahatnya menggeledah dan mengambil barangan bernilai di kaunter termasuk wang.

Kelihatan lelaki berbaju merah yang juga mangsa hanya melihat gelagat kedua-dua suspek mengambil barangan dalam kedai dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Kedua-dua suspek beredar keluar kedai selepas berjaya membawa lari wang tunai dan satu plastik bewarna jingga yang berisi kotak rokok.

Kejadian tersebut berjaya dirakam CCTV dan menjadi viral menerusi laman sosial sejak lewat malam semalam.

Pada 5 Oktober lalu, tiga wanita disamun seorang lelaki bersenjatakan parang sepanjang dua kaki di Ara Damansara, Petaling Jaya selepas kereta mereka diekori suspek.

Suspek yang dipercayai lelaki berusia 17 tahun kini masih dicari bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bantingkedai runcitkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd