SEORANG pemuda berusia 25 tahun dalam misi mencari kerja menggunakan kaedah lain daripada yang lain dalam usaha memburu kerjaya impiannya di Amerika Syarikat.
Pakar pemasaran, Lukas Yla dari Vilnius, Lithuania berpindah ke San Francisco, bandar impiannya sejak bekerja dalam bidang teknologi lebih lima tahun lalu.

Sejak bulan lepas, dia telah mencipta satu kempen pemasaran unik untuk dirinya dalam usaha memenangi ‘hati’ bakal majikannya.
Yla sanggup mencetak baju T dengan perkataan POSTMATES, malah membeli beberapa donut dari kedai Mr. Holmes Bakehouse dan di dalam kotak donut itu, dia meletakkan mesej seperti berikut:

Jadi apabila bakal majikannya membuka kotak tersebut secara tidak langsung mereka akan membaca resume miliknya sambil menikmati keenakan donut tersebut.
“Saya rasa ini masa yang paling sesuai untuk mencabar diri saya,” katanya kepada laman Metro UK.
“Sejauh mana saya boleh pergi di dalam sebuah bandar yang ada persaingan sangat hebat, tempat yang saya tak kenal sesiapa pun. Saya tiada pengalaman bekerja di sini, dan berkemungkinan terpaksa bermula dari bawah semula”, jelasnya.
Nampaknya, hasil idea kreatifnya itu membuahkan hasil setelah menghantar 40 kotak donut ke pelbagai syarikat.
Yla telah ditemuduga sebanyak 10 kali dan sehingga kini masih dalam proses ditemuduga oleh beberapa syarikat lain. – MYNEWSHUB.CC