• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak Nabil Dibatalkan Selepas Instagram Digodam

oleh AK-47
05/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT Instagramnya digodam, beberapa kontrak melibatkan kerjaya pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad telah dibatalkan.

Menurut Nabil, tindakan itu diambil kerana beberapa syarikat lebih menitikberatkan kepada jumlah pengikut di laman Instagram dan sudah termaktub dalam perjanjian.

“Selepas dapat tahu Instagram saya digodam, pelanggan tidak rungut atau buat sebarang aduan sebaliknya mereka terus batal perjanjian. Bukan apa, perkara itu memang dinyatakan dalam kontrak.

“Bukan itu saja, beberapa urusan perniagaan membabitkan ulasan di Instagram juga tidak diteruskan. Ini kerana jumlah pengikut di akaun baru saya tidak cukup kuat,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak rugi setakat itu, Nabil yang dahulunya mempunyai 1.2 juta pengikut turut terlepas beberapa projek penting selepas insiden Instagramnya digodam.

“Kebanyakan syarikat sekarang yang ingin menggunakan khidmat artis sebagai duta atau jurucakap mengutamakan jumlah pengikut di Instagram, malah perkara itu yang ditanya terlebih dahulu.

“Sekarang saya terlepas beberapa projek apabila mereka mendapat tahu jumlah pengikut Instagram saya masih lagi sedikit,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil akui sedang berusaha mendapatkan akaun lamanya.

Jelasnya, dia sudah berhubung dengan pihak Instagram dan mereka memberikan tempoh selama tiga minggu. Pun begitu, dia reda sekiranya akaun itu gagal diperoleh semula.

Laman Instagram Nabil yang dikongsi bersama bersama isterinya, Nazirah Ayub telah digodam pada 20 Sebtember lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nabil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terbaik! Nabil Mahu Bawa Peminat Ke Makkah

09/03/2018
0

PELAWAK dan pengacara popular, Nabil Ahmad, 35, merancang untuk membawa peminatnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada Ramadan tahun...

Perubahan Drastik, Datuk Ramli MS Pula Tegur Nabil?

28/11/2017
0

SEJAK kebelakangan ini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad sering pula ditegur oleh beberapa pihak kerana jenaka yang diutarakan oleh pengacara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd