• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Perabot Musnah Terbakar Di Tampin

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah kilang perabot di kawasan industri kecil Gunung Mas, Tampin musnah dalam kebakaran malam tadi.

Komandan operasi S. Dullasi Nathan berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.30 malam dan tiga jentera bersama 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Rembau dan Gemas dikejarkan ke tempat kejadian.

“Difahamkan kebakaran bermula dari kilang perabot itu sebelum merebak ke dua bengkel kenderaan bersebelahan. Ketika pasukan bomba sampai ke lokasi, api sedang marak, namun api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya dalam masa sejam.

“Kita juga dapat menyelamatkan dua bengkel bersebelahan daripada terbakar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya turut musnah dalam kebakaran itu ialah perabot, mesin, peralatan dan jentera, kayu dan papan serta sebuah lori yang diletakkan di dalam kilang perabot tersebut.

Bagaimanapun, katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dullasi Nathan yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin berkata punca dan jumlah kerugian sedang disiasat. – BERNAMA

Tags: kebakarankilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

22/01/2026
0

Jitra: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Komander Operasi...

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd