• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Ragut Di Melaka Tahun Ini Membimbangkan

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bilangan kes ragut di negeri ini untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini membimbangkan iaitu 301 kes berbanding 84 kes keseluruhan pada tahun lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata dalam tempoh sama tahun ini seramai 77 orang ditahan dan 19 orang didakwa atas kesalahan ragut di negeri ini.

Beliau berkata kes ragut sebenarnya berjaya diturunkan tahun lepas berbanding 200 kes pada tahun 2014 dan 201 kes pada tahun 2013.

“Kerajaan sentiasa komited dan melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan kes ragut ini tidak menjadi ancaman serta punca ketakutan rakyat di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Chin Choong Seong (DAP-Kesidang) yang bertanya tentang bilangan kes jenayah terutama ragut di negeri ini.

Latipah berkata dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini juga sebanyak 364 kes pecah rumah dicatat dengan 187 orang ditahan dan 50 lagi didakwa atas kesalahan itu.

Sementara itu ketika sesi perbahasan Bajet Negeri Melaka 2017 pada persidangan itu, Ketua Pembangkang Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) diarah keluar dewan oleh Speaker Datuk Othman Muhamad.

Othman membuat keputusan menggantung Khoo menghadiri persidangan untuk hari ini kerana ingkar arahan untuk menamatkan ucapan bahas setelah peruntukan masa 15 minit tamat. – BERNAMA

Tags: kes ragutMelaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Doktor Pakar Perlu Periksa Kesihatan Penghuni RKKC

Next Post

Johor Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran HSA – Exco

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

06/04/2025
0

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi...

Next Post

Johor Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran HSA - Exco

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd