• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pembunuhan Bill Kayong Disebut Semula 15 Nov

oleh Ahmad Albab
28/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Mahkamah Majistret Miri menetapkan 15 Nov bagi sebutan semula kes tiga tertuduh yang didakwa membunuh Setiausaha PKR Bill Kayong pada Jun tahun ini.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarkan kes itu disebut semula selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua laporan yang diperlukan, termasuk laporan kimia, telahpun diterima.

Wan Mohd Izzat berkata ketika ini, pihak pendakwaan menunggu arahan pengarah pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohamad Fitri Pauzi, 29, Lie Chang Loong, 39, dan Chin Wui Chung, 50, mengangguk faham selepas dimaklumkan oleh jurubahasa mahkamah bahawa kes itu akan disebut semula pada 15 Nov.

Fitri, seorang pengawal kelab malam atau ‘bouncer’, didakwa pada 15 Julai atas pembunuhan Bill Kayong di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket, Jalan Miri-Bintulu pada 8.20 pagi, 21 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Lie, pemilik pub, juga didakwa pada 15 Julai, bersubahat dengan Mohamad Fitri, bersama-sama dengan Chin dan Datuk Lee Chee Kiang, 45, yang masih bebas, mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di luar mahkamah, Abun Sui, peguam pemerhati bagi keluarga Bill Kayong, berkata beliau telah menerima surat jawapan daripada pesuruhjaya tinggi Australia di Kuala Lumpur berhubung lokasi semasa dan kewarganegaraan Datuk Lee Chee Kiang yang ditulis pada 22 Sept 2016.

Beliau turut menunjukkan kepada media kandungan surat daripada Suruhanjaya Tinggi Australia bertarikh 29 Sept 2016 yang dialamatkan kepada Abun Sui Anyit and Co Advocates dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Rod Smith.

Surat itu menyatakan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak boleh memberi sebarang maklumat seperti yang dipohon Abun berikutan Akta Kerahsiaan Australia 1988.

“Kami masih berharap suspek dapat ditahan untuk dibicarakan di sini dengan kerjasama kerajaan dan kerajaan atau menerusi usahasama polis Malaysia dan Interpol,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bill Kayong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 400 Pesakit Selesai Dipindah Ke Hospital Sekitar Johor

Next Post

Wanita Mesir 500 Kilogram Ini Tak Keluar Rumah 25 Tahun

Related Posts

Hakim Diminta Tarik Diri Dari Kes Bunuh Bill Kayong

09/01/2017
0

MIRI - Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong....

Pembunuhan Bill Kayong, Lelaki Bergelar Datuk Didakwa

14/12/2016
0

MIRI - Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majisret Miri di sini hari ini berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Bill...

Next Post

Wanita Mesir 500 Kilogram Ini Tak Keluar Rumah 25 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd