• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keretapi Tergelincir: Terburuk Dalam Tempoh 130 Tahun

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH — Kejadian tren kargo tergelincir di KM200.283 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Batu Gajah di sini, semalam merupakan kejadian terburuk berlaku dalam sejarah perkhidmatan kereta api negara dalam tempoh 130 tahun.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata walaupun sebelum ini berlaku beberapa insiden kereta api tergelincir, namun ia tidak seteruk kejadian itu.

“Selama ini, kalau tergelincir pun hanya jatuh dan terbalik sahaja, namun kerosakan kali ini umpama serangan garuda sehingga semuanya rosak dengan dahsyat.

“Oleh kerana gerabak itu kosong dan tiada muatan, ia menyebabkan gerabak mudah berlanggar satu sama lain.

“Mungkin kalau ada muatan, ia lebih kukuh kerana setiap satu gerabak tanpa muatan adalah 12 tan manakala jika ada muatan ia seberat 45 tan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nawawi berkata ekoran kejadian itu dianggarkan kos kerugian yang terlibat mencecah puluhan juta ringgit.

“Satu lokomotif berharga RM12 juta manakala satu gerabak berharga RM400,000,” katanya.

Pada kejadian 3.15 pagi Jumaat lalu, dua lokomotif dan 40 gerabak dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Perak, untuk mengambil muatan simen, tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.

Dalam insiden itu, dua lokomotif dan 25 gerabak mengalami kegelinciran. – BERNAMA

Tags: keretapi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Akan Panggil 3 Bekas Menteri Beri Keterangan

Next Post

UMNO Kelantan Tingkat Usaha Dekati Pengundi

Related Posts

Potong Gaji Pekerja RM1.57, Majikan Disaman RM80,205

12/11/2021
0

TOKYO: Seorang pemandu kereta api di Jepun memfailkan saman sebanyak 2.2 juta yen (RM80,205) terhadap majikannya selepas gajinya dipotong sebanyak...

Budak Dirempuh Keretapi Masih Belum Sedarkan Diri

06/03/2019
0

SEORANG kanak-kanak yang dirempuh keretapi ketika sedang menolak basikalnya untuk pulang ke rumah petang di Tok Uban di sini semalam...

Next Post

UMNO Kelantan Tingkat Usaha Dekati Pengundi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd