• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecanggihan Teknologi Mengubah Ekonomi Global

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kecanggihan teknologi seperti data raya dan kepintaran buatan akan mengubah ekonomi global melalui keupayaannya mempercepatkan inovasi, meningkatkan semula pertumbuhan produktiviti dan mewujudkan lebih banyak permintaan sofistikated.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim berkata kemunculan teknologi berkenaan akan mempercepatkan peningkatan industri bernilai tinggi, daripada kecanggihan pembuatan hingga perkhidmatan berteknologi tinggi, yang secara tradisinya menjadi kelebihan negara maju.

“Penyepaduan kecanggihan pembuatan dan perkhidmatan melalui Internet Kebendaan (Internet of Things) ketika ini adalah penguasaan negara maju, yang menyumbang kepada 20 syarikat paling terkemuka dalam bidang teknologi.

“Memandangkan kecanggihan teknologi terus meningkatkan kemampuan produk akhir, perluasan pasaran pengguna di negara pesat membangun dilonjakkan lagi oleh peningkatan pendapatan serta dinamisme negara maju dan pesat membangun.

“Inilah prospek positif bagi negara-negara ini,” katanya dalam ucapan di Seminar Perbankan Antarabangsa G30 Tahunan kali ke-31 pada Ahad.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.

Seminar itu berlangsung di luar Mesyuarat-mesyuarat Tahunan Dana Kewangan Antarabangsa-Bank Dunia di Washington DC, Amerika Syarikat.

Muhammad berkata pembuat dasar mungkin perlu membangunkan sistem pengawalseliaan baharu yang fleksibel untuk menyesuai, selain kukuh dalam menguruskan kecanggihan teknologi yang pesat.

Kewujudan persekitaran yang boleh mempercepatkan kebangkitan ‘ekonomi sebenar baharu’ merupakan cabaran segera kepada pembuat dasar, katanya.

“Daripada perspektif pasaran pesat membangun, aspek penting di sini adalah ketersediaan infrastruktur, yang cenderung ke arah ekonomi baharu.

“Mengikut senario baharu tersebut, kesalinghubungan maya bukan lagi satu aspirasi, tetapi sesuatu yang amat penting,” kata Muhammad.

Gabenor berkata pengantaraan kewangan merupakan contoh yang baik bagaimana teknologi disruptif semakin mengubah landskap kewangan.

“Ketika ini, syarikat teknologi kewangan (fintech) adalah pesaing utama kepada bank-bank dan mencetuskan penilaian semula kepada sistem kewangan kita.

‘Selfie pay’ atau Pemeriksaan Identiti Secara Mudah Alih telah dilaksanakan secara langsung di negara-negara Eropah,” katanya.

Berkaitan itu, beliau berkata, fintech dibangunkan seiring dengan perubahan tingkah laku dan keperluan pengguna, iaitu keutamaan bagi kepantasan, keselesaan, keselamatan serta kesepakatan.

“Oleh itu, pembuat dasar perlu memastikan pengawalseliaan adalah fleksibel, dan sepadan dengan risiko kecanggihan teknologi. Dasar-dasar juga tidak boleh mengekang pertumbuhan, dan masa yang sama, tidak menjejaskan ekonomi berdaya tahan,” kata Muhammad. – BERNAMA

Tags: BNMMuhammad Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Lelaki Pecah Cermin Kereta Guna Bahan Khas

Next Post

Tidak Pernah Keluar Kenyataan Ganti Beca Tradisional – Idris

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Tidak Pernah Keluar Kenyataan Ganti Beca Tradisional - Idris

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd