• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jom Pekena 168 Sajian Di MAHA 2016 Disember Ini

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Udang Sanggol Perlis, Asam Pedas Melaka, Pais Ikan Patin Pahang, Maggi Ketam Terengganu, Pasembor Pulau Pinang dan Moi Sup Kedah.

Itu adalah antara 168 jenis sajian yang boleh dinikmati dalam senarai ‘Empayar Makanan’ semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 di sini dari 1 hingga 11 Disember ini.

Turut boleh dinikmatii ialah Kacang Pool Johor, Masak Lemak Cili Api Daging Salai Negeri Sembilan, Nasi Ulam Seratus Lauk Kelantan, Rendang Tuk Perak, Nasi Ayam Berempah Putrajaya, Nasi Tomato Selangor, Mee Kolok Sarawak dan Pisang Goreng Cheese Sabah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata seramai 62 usahawan termasuk 19 usahawan belia akan memperkenalkan menu-menu itu semasa MAHA nanti.

“Menu-menu terbaik dari 14 negeri itu telah dipertandingkan di peringkat negeri sebelum dibawa ke MAHA 2016,” katanya kepada pemberita bagi memperkenalkan sajian popular tersebut di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pihaknya akan membantu usahawan Food Truck dari sudut bimbingan perniagaan dan bantuan untuk mendapatkan lokasi sesuai daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

Beliau berkata langkah itu diharap dapat membantu kira-kira 500 usahawan Food Truck sedia ada dan untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk menceburi bidang itu.

FAMA juga akan mengadakan seminar untuk usahawan Food Truck dan mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang FAMA di www.fama.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: MAHATajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

27/06/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden parti, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd