• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jeritan Macam Pontianak Bersahutan Sana Sini’

oleh AK-47
16/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEADAAN Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor, huru-hara apabila kira-kira 50 pelajar diserang histeria, pada Jumaat.

Gambar puluhan pelajar diserang histeria turut tersebar menjadi viral melalui media sosial.

Difahamkan, kejadian tidak diduga itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

Berkongsi detik mencemaskan itu, salah seorang guru Shahariah Abdullah berkata, jeritan seakan pontianak bersahutan sana sini di seluruh kawasan sekolah.

'Jeritan Macam Pontianak Bersahutan Sana Sini'

“Kecoh!! Kelam kabut!! Berpuluh orang pelajarku diserang histeria!! Jeritan nyaring macam pontianak bersahutan di sana sini. Bacaan ayat-ayat Al-Quran dan suara azan berkumandang di seluruh kawasan sekolah,” tulisnya di laman Facebook.

Pihak Darul Syifa juga dipanggil untuk merawat pelajar yang diserang histeria.

Menerusi maklumat yang kami terima di laman Facebook, sesi petang sekolah berkenaan juga ditutup pada hari berkenaan.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Nor Hisham Abdullah, insiden itu pada mulanya menyerang tingkatan empat sebelum menular kepada pelajar tingkatan tiga dan lima.

“Kakitangan sekolah membawa pelajar yang terbabit kes dewan untuk mengawal keadaan sebelum situasi kembali terkawal kira- kira jam 1 petang,” katanya kepada Harian Metro.

Pihak sekolah kini sedang  menyiasat punca sebenar kejadian melalui Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Awak Pinjaman Sementara! – Tunang Maut Sebelum Nikah

Tags: Histeria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kena Rasuk Gimik Aje Lah”

25/07/2018
0

KUALA TERENGGANU - "Ia hanyalah gimik untuk tarik perhatian pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," kata Pengarah Jabatan...

“Saya Nampak Lembaga Hitam Gergasi…”

19/07/2018
0

“SAYA nampak lembaga hitam bersaiz gergasi di belakang pelajar yang sedang histeria dan saya terus menangis tanpa sedar,” kata seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd