• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Anggap Semua Penjawat Awam Terlibat Rasuah – KSN

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masyarakat tidak sepatutnya menganggap semua 1.16 juta penjawat awam terlibat dengan kegiatan rasuah hanya kerana tindakan segelintir individu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Merujuk kepada penahanan seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, beliau berkata ia adalah kes terpencil dan hampir semua penjawat yang lain mempunyai integriti.

Katanya kerajaan sentiasa mengadakan program untuk meningkatkan integriti pegawai sejak mereka dilantik dalam perkhidmatan dan sentiasa diberikan peringatan sama ada di peringkat atasan mahupun gred yang paling rendah.

“Kita ada 1.16 juta penjawat awam yang hampir semuanya adalah pegawai berintegriti, janganlah kita samakan tangkapan ini sebagai implikasi keseluruhan kepada penjawat awam,” katanya kepada pemberita pada Seminar Pendidikan Generasi Muda: Teknik-teknik Menjawab Soalan Peperiksaan, di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, SPRM merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Mengulas mengenai seminar anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (Puspanita) itu, Ali berkata seminar itu melibatkan 350 pelajar dari sekitar Putrajaya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada majlis itu, Puspanita turut menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap sebuah sekolah kepada 25 sekolah di sini untuk membeli peralatan sukan, sempena Hari Sukan Negara 2016 yang disambut semalam. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awamrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wira Sukan Negara Perlu Beri Motivasi Kepada Masyarakat

Next Post

Pesalah Trafik Belia Terengganu Membimbangkan

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

12/04/2025
4

RAUB: Polis menerima tiga laporan yang mendakwa penjawat awam dihalang menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kerajaan negeri sejak 8 April...

Next Post

Pesalah Trafik Belia Terengganu Membimbangkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd