• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu DoJ Tidak Dijawab Di Parlimen Elak MP, Menteri Jadi Saksi

oleh AK-47
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan supaya menteri tidak menjawab soalan lisan, bertulis serta usul berkaitan tindakan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) di Dewan Rakyat, adalah bagi mengelak anggota Parlimen atau menteri dipanggil sebagai saksi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika menjelaskan perkara itu berkata, tidak ada undang-undang yang menghalang individu di negara ini dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan kes di negara itu, termasuk jika dibahaskan di Parlimen.

Malah, beliau berkata pihak pembelaan dan pendakwaan di Amerika boleh menggunakan kenyataan daripada anggota Parlimen negara ini untuk mempengaruhi perbicaraan di negara tersebut.

“Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) memberi alasan istilah subjudis tidak terpakai kerana syarikat yang didakwa berdaftar di Amerika, serta perbicaraan juga dijalankan di negara itu.

“Jika itu alasan yang digunakan, iaitu keseluruhan perbicaraan berlaku dan membabitkan Amerika, kenapa ia mahu dibahaskan di Parlimen Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata keputusan yang dilakukannya itu juga bukan untuk kepentingan pihak tertentu, sebaliknya berlandaskan tiga Peraturan Mesyuarat iaitu 21(1)(a), 23(1)(g) dan 36(2).

Pada persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas, Pandikar Amin membuat keputusan itu dengan alasan ia bersifat subjudis, namun ia dipertikaikan oleh beberapa anggota Parlimen pembangkang.

DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan, pada Julai lepas. – BERNAMA

Tags: DOJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

04/07/2024
0

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low, adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd