• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isey Tidak Tertekan ‘3 Juara’ Bersaing Dengan ‘GV’

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelawak dan pengacara Isey berkata, dia tidak meletakkan sebarang tekanan dalam mengendalikan program realiti 3 Juara ketika rancangan itu turut bersaing dalam merebut jumlah penonton dengan Gegar Vaganza 3 (GV3).

Isey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 29, berkata, 3 Juara merupakan program realiti yang masih baharu terbitan TV3, jika dibandingkan dengan GV3 siaran Astro yang sememangnya sudah mempunyai pengikut tersendiri.

“Saya tidak letak sebarang tekanan untuk bersaing dan menarik perhatian penonton untuk menonton 3 Juara.

“Kami buat sebaik mungkin dan tidak mahu letak beban yang hanya membuatkan kami menjadi tertekan sahaja. Apa yang penting ialah fokus memberi penyampaian terbaik setiap minggu,” ujarnya.

Isey mengendalikan program 3 Juara bersama Mira Filzah dan Ammar Titan yang berlangsung setiap Ahad pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Isey mengakui masih berasa gementar setiap kali mula bersiaran biarpun sudah mempunyai pengalaman mengendalikan rancangan siaran langsung Mentor Milenia.

Isey gementar mengacarakan 3 Juara.
Isey gementar mengacarakan 3 Juara.

Katanya, banyak perkara yang perlu dititik beratkan ketika bersiaran secara langsung terutamanya kata-kata yang boleh menyentuh perasaan dan sensitiviti masyarakat.

“Saya memang ada pengalaman jika bersiaran langsung perasaan gementar sudah tentu ada kerana banyak yang peru dijaga.

“Kita tidak mahu ada perkara terlepas cakap yang boleh menimbulkan masalah pula. Sebab itu kami akan buat latihan secukupnya sebelum mula bersiaran,” ujarnya.

Tambahnya, mereka mula mendapat keserasian pada konsert kedua malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya, Isey bersyukur apabila sentiasa diberi peluang untuk meningkatkan kerjayanya dalam bidang penyiaran.

Dia juga tidak mahu mengsia-siakan kepercayaan yang diberikan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

“Alhamdulillah, daripada segi peningkatan kerjaya saya bersyukur diberi peluang yang banyak termasuk menjadi penyampai radio di Hot FM untuk segmen Jejaka Dia pukul 4 hingga 6 petang.

“Saya juga baru sahaja balik dari Jepun kerana terlibat dalam sitkom JKKK kampung bersama Jep Sepahtu, Ebby Yus, dan Sari Yanti. Sitkom akan bersiaran tidak lama lagi,” ujarnya. – mStar Online

Tags: 3 JuaraGegar Vaganzaisey
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Parah Ditembak Di Luar Sekolah

Next Post

Rezeki Berlakon Lebih Banyak Lepas Kahwin – Aliff Aziz

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6

23/12/2019
0

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan...

Next Post

Rezeki Berlakon Lebih Banyak Lepas Kahwin - Aliff Aziz

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd