• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Taiping Perlu Lebih Bekalan Darah O Positif

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Unit Tabung Darah Hospital Taiping merayu kerjasama orang ramai untuk menderma darah bagi menangani kekurangan bekalan darah.

Penolong Pegawai Penerangan Tabung Darah Hospital Taiping, Zulkarnain Damahuri berkata kekurangan paling ketara adalah darah jenis ‘O’ positif, memandangkan ia paling kerap digunakan.

“Selain darah jenis O, kita memerlukan bekalan darah untuk ditambah dari semasa ke semasa bagi menampung permintaan bekalan terutama pada waktu kecemasan,” katanya kepada pemberita pada Kempen Derma Darah Mega di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

Pada kempen yang bermula 9 pagi hingga 4 petang itu, seramai 200 pelajar ADTEC menderma darah.

Zulkarnain berkata pihak hospital menggunakan 40 paket darah pada setiap hari untuk membantu pesakit yang memerlukan.

“Dengan adanya lebih ramai penderma dapat menampung keperluan darah setiap hari. Tabung darah perlu menyimpan 1,200 paket darah setiap bulan,” katanya.

Tambahnya individu yang menderma darah dapat menikmati rawatan perubatan di hospital secara percuma.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ADTEC Taiping, Nazmi Jamaludin berkata kempen derma darah itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan sejak 2012.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan Hospital Taiping dan sambutan yang diterima di kalangan pelajar amat menggalakkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: darah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekalan Darah Di Perak Mencukupi

23/07/2018
0

IPOH - Bekalan darah di unit tabung darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hingga kini adalah mencukupi bagi membantu pesakit...

Majoriti Penduduk Malaysia Punyai Darah Kumpulan O

20/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) merekodkan 180,651 penderma darah pada tahun lepas berbanding 180,052 penderma pada tahun 2016...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd