• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Tabungan Sedunia: AKPK Galak Pendidikan Kewangan

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan terus mewujudkan kesedaran dan menyebarkan pendidikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia sejajar dengan wawasannya untuk mewujudkan isi rumah yang lebih berdaya tahan.

Dalam satu kenyataan hari ini, AKPK berkata usaha ini akan menjurus kepada pengurusan dalam perancangan kewangan yang lebih baik serta menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

Menerusi Hari Tabungan Sedunia hari ini, AKPK mencipta pelbagai kandungan untuk menggalakkan tabungan, seperti artikel, maklumat grafik dan video untuk pengguna, dan boleh dilihat menerusi laman sesawang www.akpk.org.my laman rasmi Facebook AKPK.

Objektif Hari Tabungan ini, kali pertama disambut di Milano, Itali pada 1924, bertujuan menggalakkan tabungan dan menyemai minat dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia.

“AKPK telah membangunkan pelbagai video, artikel dan infografik pendidikan kewangan untuk media sosial, semata-mata untuk Hari Tabungan Sedunia ini,” katanya.

Menerusi kerjasama institusi kewangan dan rakan kongsi strategik, peluang ini dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai pengetahuan mengenai kewangan dalam kalangan pengguna bagi memastikan masyarakat celik kewangan.

Sementara itu, penerbitan filem pendek pertama AKPK ‘Tabung Masa Depan’, bertujuan mendidik dan menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya individu mempunyai simpanan dan untuk masa depan yang lebih baik walaupun menghadapi kesulitan hidup.

Filem ini memaparkan pencetus emosi untuk mendapatkan segmen sasaran dengan cepat dan memastikan mereka terlibat sama.

“Sudah menjadi aspirasi AKPK untuk menjadi nama isi rumah dalam menggalakkan kesejahteraan kewangan. Kami kini bertindak sebagai pemangkin untuk memberi inspirasi dan memperkasa orang ramai untuk melibatkan diri dengan kewangan mereka dan memulakan perjalanan mereka sendiri,” kata AKPK. – BERNAMA

Tags: AKPKKewangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantuan Kewangan Kepada Pemain Industri Pertanian Akan Diumum

27/11/2021
0

PUTRAJAYA : Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian dalam masa terdekat, sebagai kaedah meringankan beban...

Adakah Malaysia Menuju Ke Arah Pemulihan Kewangan?

13/10/2021
0

JAWAPAN persoalan ini tidak sebegitu mudah. Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sambil berdepan dengan wabak Covid-19, adakah masyarakat Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd