• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Masak Paket 1kg Masih Kekal RM2.50

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata kadar itu berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Katanya penstrukturan semula minyak masak itu dilakukan berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein) daripada RM2,341 satu tan pada Januari tahun lepas kepada hampir RM3,000 satu tan sekarang.

Beliau menjelaskan tanpa penstrukturan semula minyak masak itu, kerajaan terpaksa menambah perbelanjaan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak bagi November dan Disember berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses.

“Kerajaan mengekalkan harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan terus menikmati subsidi kerajaan,” katanya dalam sidang media di sini.

Mesyuarat Kabinet pada 21 September lepas bersetuju supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih pengurusan COSS daripada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bermula 1 November.

Minyak masak dalam botol termasuk 1kg dianggarkan berharga di antara RM3.70 hingga RM3.90 mengikut harga pasaran.

Hamzah berkata kerajaan memperuntuk RM600 juta untuk subsidi minyak masak dalam Bajet 2016 manakala peruntukan subsidi itu untuk tahun depan belum dimuktamadkan.

“Penstrukturan semula minyak masak ini diharap dapat mengurangkan bahan asas itu diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah memberitahu bahawa KPDNKK merampas minyak masak bernilai kira-kira RM5,000 dalam tiga serbuan di Kuala Lumpur, Selangor dan Penang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini berkata kerajaan terpaksa membayar subsidi bagi 85,000 tan matrik minyak masak sebulan tetapi kajian mendapati rakyat Malaysia secara purata hanya menggunakan kira-kira 40,000 tan minyak masak sebulan. – BERNAMA

Tags: Hamzah ZainuddinMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd