• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamil Anak Sulung – Janet Jackson Cantik Berhijab

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI sensasi Janet Jackson telahpun secara tidak langsung mengesahkan kehamilan beliau pada usia 50 tahun, dengan membuat pose bersahaja mempamerkan perutnya yang sedang sarat mengandung semasa bersiar-siar dengan suaminya di kota London, United Kingdom.

Kehamilan ini merupakan yang pertama buat Jackson yang berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus bilionair Wissam al Mana sejak tahun 2012.

Pasangan itu dikatakan tinggal di Dubai.

Janet Jackson Hamil Anak Sulung Bersama Bilionair Qatar

Janet Jackson Hamil Anak Sulung Bersama Bilionair Qatar

Jackson, yang terkenal dengan imej seksinya, dilihat memakai hijab dan berpakaian menutup aurat semasa bersiar-siar berpegangan tangan bersama suaminya.

Berita kehamilan adik kepada penyanyi lagenda Micheal Jackson itu pertama kali didedahkan pada April lalu apabila beliau mengumumkan bahawa beliau sedang berehat daripada konsert jelajahnya untuk mula ‘merancang keluarga kami’ dan ‘mendapatkan ‘rehat sewajarnya’.

“Kami amat bersyukur kehadrat Ilahi di atas anugerah ini,” katanya tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut.

Jackson membatalkan konsert jelajah Unbreakable beliau yang sepatutnya berlangsung selama setahun pada April lalu selepas hanya 8 bulan diadakan.

Siri jelajah tersebut merupakan konsert pertamanya dalam tempoh 4 tahun, namun Jackson terpaksa membatalkan beberapa persembahan bulan ini oleh kerana masalah kesihatan.

Pada Jun lalu, abangnya, Tito Jackson telah mendedahkan kepada media Barat tentang kehamilan beliau.

“Janet memang sedang berbadan dua,” katanya di dalam sesi temubual bersama stesen radio Sirius FM.

“Beliau dalam keadaan yang baik sekali, mendapatkan rehat yang secukupnya. Seperti yang anda sudah sedia maklum, Janet berehat seketika daripada konsert jelajahnya demi menjaga kesihatan.”

Pelantun lagu Rhythm Nation itu, yang mempunyai 27 orang anak buah kesemuanya, telah lama berbicara tentang keinginannya untuk mempunyai zuriat sendiri.

Namun, oleh kerana dirinya yang begitu menjaga privasi, beliau berusaha sedaya upaya untuk menepis perhatian tidak diingini terhadap kehamilannya.

Malahan, pernikahannya bersama al Mana juga tidak diuar-uarkan kepada umum sehinggalah genap setahun mereka diijabkabulkan.

Pasangan tersebut berkenalan semasa satu majlis di sebuah hotel di Dubai pada April, 2010.

Bilionair kacak warga Qatar itu merupakan suami ketiga Jackson selepas Rene Elizondo dan James DeBarge. – Sara Khalid/Mynewshub.cc

Tags: hamilJanet Jacksonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

23/12/2024
0

MUAR: Seorang lelaki warga Kemboja dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd