• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar Muat Naik Video Lucah Ditukar Sekolah

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan amaran bertulis terhadap seorang guru besar di Sabah dan menukarkannya ke sekolah lain berikutan tindakannya memuat naik video lucah dalam satu kumpulan WhatsApp.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan itu telah diambil melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Setiap kes aduan yang statusnya berasas akan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada di Kementerian Pendidikan,” katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Teo mahu mengetahui tindakan yang telah diambil terhadap guru yang mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.

Kamalanathan berkata hasil penyiasatan dan temu bual Pejabat Pelajaran Daerah dengan guru besar itu mendapati dia merupakan seorang daripada pentadbir dalam kumpulan WhatsApp dan bukannya individu yang mewujudkannya.

Beliau berkata guru besar terbabit turut menjelaskan bahawa kewujudan kumpulan WhatsApp itu adalah untuk perkara-perkara lain dan bukannya berkaitan dengan pedagogi (pengajaran) dan pendidikan.

“Guru besar itu telah mengakui kesilapannya dan telah pun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu, tapi sekiranya berlaku lagi tindakan lebih berat akan diambil,” kata Kamalanathan.

Beliau berkata, pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga tidak menolak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana guru lain yang terlibat sekiranya menjejaskan bidang pendidikan dan hal ehwal pelajar. – BERNAMA

Tags: Guruvideo lucah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd