KUALA LUMPUR – Gerakan anti kerajaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan Gerakan Baju Merah sebagai sekumpulan masyarakat ‘barbarian’.
Penyelarasnya, Shariful Azmir Mustafa mendakwa, Gerakan Baju Merah menggunakan pendekatan `barbarian’ dalam menentang kempen Bersih 5.
Beliau turut menuduh kononnya Gerakan Baju Merah mengupah gologan muda antara RM50 hingga RM70 seorang untuk melakukan perbuatan barbarian tersebut.
“Tidak perlu meletakan maruah anak muda yang bersama kamu semurah RM 50, RM 60 atau RM 70 setiap orang dan mempergunakan anak muda ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Shariful Azmir turut meminta pihak polis supaya tidak melayan Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Mohd. Yunos yang beliau sifatkan sebagai orang gila.
Bersih 5 waktu ini giat menjalankan kempen di seluruh negara ini bagi menghasut orang ramai supaya menyertai demonstrasi jalanan yang dirancang dalam tempoh terdekat bagi mengguling kerajaan.
Rancangan jahat itu mendapat bantahan kumpulan Gerakan Baju Merah yang berazam mahu menghalang rancangan golongan anti kerajaan tersebut. – MYNEWSHUB.CC