• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gantung 3 Bulan: PKBM Tunggu Rayuan Mohd Zamri

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kini hanya menunggu rayuan daripada pelumba berpengalaman Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Saleh yang digantung lesen perlumbaan selama tiga bulan oleh persekutuan berkenaan.

Beliau dikenakan hukuman tersebut atas kesalahan menggunakan perkataan yang memburukkan imej dan kredibiliti badan induk berbasikal negara itu dalam akaun Facebooknya pada Jun lepas.

Mohd Zamri kini berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi menyertai kejohanan lumba basikal Jelajah Sharjah yang berlangsung pada 25 hingga 28 Oktober.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata Mohd Zamri masih mempunyai peluang untuk merayu dan sebaik sahaja kembali ke tanah air, beliau dikehendaki menghantar surat rayuan kepada PKBM.

“Kami tidak berfikir untuk menghukum dia (Mohd Zamri) kerana itu (lumba basikal) merupakan salah satu punca pendapatannya.

“Sekarang kami hanya menunggu rayuannya dan jika alasan diberikan munasabah, jalan penyelesaian akan menjadi lebih mudah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PKBM di sini, hari ini.

Abu Samah menjelaskan bahawa Zamri mempunyai masa selama 14 hari bermula semalam (24 Oktober) untuk mengemukakan rayuan.

“Dalam kontrak pelumba basikal di bawah peraturan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa), menyatakan dalam kaedah-kaedah yang antaranya semua pelumba basikal mesti menghormati UCI, persekutuan benua dan persekutuan negara.

“Jika mempunyai sebarang isu, ia hendaklah diuruskan secara dalaman menerusi ketua pegawai operasi kelab masing-masing dan seterusnya membawa perkara itu ke pengetahuan PKBM,” katanya.

Berdasarkan surat tatatertib dikeluarkan PKBM semalam, penggantungan pelumba lebuh raya berusia 33 tahun itu berkuat kuasa semalam (24 Oktober 2016) sehingga 23 Januari 2017.

Seorang lagi pelumba TSG, Mohd Shahrul Mat Amin, yang dikatakan turut mempersoal kredibiliti PKBM, bagaimanapun dilepaskan dengan amaran.

Dengan penggantungan itu, Mohd Zamri dilarang menyertai mana-mana kejohanan lumba basikal dalam dan luar negara dalam tempoh tersebut. – BERNAMA

Tags: basikalMohd Zamri SalehPKBMTSG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

14/06/2025
0

Kulai: Seorang penunggang basikal warga Singapura dilaporkan maut selepas terperosok di bawah treler dalam insiden dekat Jalan Gunung Pulai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd