• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FOMCA, NGO Diseru Bincang Mengenai Isu Air Selangor

oleh AK-47
28/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan digesa untuk menganjurkan sesi perbincangan Dewan Perbandaran bagi membincangkan isu mengenai pendidikan pengguna, terutamanya isu air di Lembah Klang.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang berkata adalah penting untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan air dan cara bijak untuk menggunakannya bagi melahirkan masyarakat penjimat air.

“Pencemaran air empangan di Selangor baru-baru ini mengakibatkan pemotongan dan catuan air dilakukan sekali gus penderitaan dalam kalangan pengguna.

“Meskipun Malaysia mempunyai kadar taburan hujan yang tinggi, namun masalah air masih berulang.

“Jelas sekali, dasar, undang-undang dan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah tidak mencukupi,” katanya ketika ketika berucap melancarkan buku ‘Consumer Issues in Malaysia: Strengthening Consumer Protection and Enhancing Consumer Empowerment’ di sini, hari ini.

Beliau berkata buku yang diterbitkan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) dan dilancarkan hari ini, boleh menjadi sumber ke arah usaha berkenaan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada CRRC dan FOMCA, atas usaha mereka menerbitkan buku ini untuk membantu pembuat dasar dan pengguna agar lebih memahami akan isu dan kebimbangan pengguna, dan cara untuk bergerak ke hadapan bagi menangani isu ini,” katanya.

Buku setebal 254 muka surat itu ditulis oleh 21 penulis tempatan dan antarabangsa, yang menyumbang artikel mengenai pelbagai isu mengenai perlindungan pengguna dan memperkasakan pengguna, termasuk kerangka undang-undang perlindungan pengguna di Malaysia, penjagaan kesihatan, e-dagang, keselamatan makanan, air dan isu guna tenaga.

Sementara itu, Presiden FOMCA Datuk Dr N. Marimuthu yang juga Ketua Pengarang buku berkenaan berkata, ia boleh dijadikan panduan untuk mendidik pengguna, terutamanya mereka yang menghadapi kenaikan kos sara hidup.

“Kami akan mengedarkan 500 buku kepada perpustakaan di seluruh negara, dan buku ini bukan untuk dijual (kepada perpustakaan),” katanya. – BERNAMA

Tags: FOMCANGO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohd Nafiizwan Mara Ke Pusingan Kedua Skuasy Dunia

Next Post

‘Ko Paksa Aku Hisap KON*K Anak’ – Isteri Dakwa Dibelasah

Related Posts

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

Presiden NGO Ditahan Disyaki Khalwat

Presiden NGO Ditahan Disyaki Khalwat

31/07/2024
0

Kuala Lumpur : Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini, disyaki berkhalwat...

Next Post

'Ko Paksa Aku Hisap KON*K Anak' - Isteri Dakwa Dibelasah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd