• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faye Kusairi Tak Akan Kahwin Untuk Tutup Kontroversi

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktres Faye Kusairi tidak akan berkahwin dengan teman lelakinya, pengarah Azmi Hatta semata-mata untuk tutup semua kontroversi yang sedang melanda mereka ketika ini.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, bagaimanapun berkata, kekecohan tersebut merapatkan lagi hubungan dan mereka hanya akan berkahwin apabila tiba masa sesuai.

Azmi Hatta.
Azmi Hatta.

“Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut.

“Insya-Allah saya hanya bersedia untuk berkahwin apabila tiba masanya. Setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja walaupun banyak dugaan yang datang,” ujarnya kepada mStar Online.

Faye ditemui pada majlis memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di Hotel Renaissance, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Faye mengakui berasa tertekan apabila terus-terusan dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Azmi dengan aktres Elly Mazlein.

Katanya, dia adalah mangsa keadaan dalam kontroversi itu dan mengakui sering menangis apabila dikecam hebat oleh pengikut di laman sosial.

“Saya faham situasi saya sebagai selebriti tetapi sebagai manusia biasa saya juga ada berasa sedih dan menangis apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya.

“Saya mangsa keadaan dalam hal ini tetapi Alhamdulillah dugaan yang Allah berikan ini sebenarnya terdapat pelbagai hikmah.

“Syukur saya masih dapat teruskan kerja seperti biasa, rezeki dalam lakonan pun tidak putus,” ujarnya.

Sementara itu, menjelaskan tindakannya yang didakwa menyelar pihak media dengan panggilan bodoh di Twitter miliknya pada Selasa lalu, Faye menjelaskan dia tidak menujukan perkataan itu kepada pihak wartawan.

“Saya ingin memohon maaf kepada anda (wartawan) jika kenyataan saya di Twitter menyinggung perasaan kalian.

“Sejujurnya saya kesal di atas apa yang terjadi dan bukan niat saya untuk berkata demikian kerana ketika itu saya dalam keadaan tertekan.

“Kenyataan itu saya buat kerana provokatif pihak Elly dan bukannya saya memaksudkan media bodoh.

“Twitter pula tidak boleh menulis status panjang jadi saya tidak boleh jelaskan betul-betul,” ujarnya. – mStar Online

Tags: azmi hattafaye kusairi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peluang Jadi Hos Dapat Tingkat Kerjaya Alif Satar

Next Post

Media Sosial ‘Histeria’ Gara-Gara Pembuat Teh Ini

Related Posts

Jangan Usik Famili Saya, Pergi ‘Bawang’ Tempat Lain

25/12/2018
0

PELAKON Faye Kusairi bertindak memuat naik gambar anak lelaki bersama dua anak tirinya sebagai 'belanja' kepada segelintir pengikutnya yang gemar...

Faye ‘Buka Mulut’, Jelas Perihal Duit Raya Anak Elly

12/06/2018
0

KECOH di media sosial mengenai penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suami, Azmi Hatta berhubung perihal perbelanjaan persiapan...

Next Post

Media Sosial 'Histeria' Gara-Gara Pembuat Teh Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd