• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kokain: Mahkamah Kekal Hukuman Gantung Wanita Thai

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang wanita warga Thai yang disabitkan kesalahan kerana mengedar kokain di dalam 80 kapsul dengan menelan dan memasukkan ke dalam kemaluannya.

Ketika menolak rayuan Chonmanee Laphathanawat terhadap sabitan dan hukuman mati, Hakim Datuk Mohtarudin Baki, yang mengetuai panel tiga hakim, menegaskan bahawa keterangan terhadap wanita itu adalah kukuh dan sangat banyak.

“Mahkamah mendapati rayuan kamu tidak mempunyai merit. Sabitan ke atas kamu adalah kukuh. Sabitan dan hukuman mati disahkan,” katanya.

Chonmanee, 31, dari wilayah Rayong, Thailand, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tahun lepas kerana mengedar 689.1 gram kokain di Hospital Pulau Pinang antara 13 Februari 2013, dan 16 Februari 2013.

Berdasarkan fakta kes, Chonmanee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 5.10 petang, 13 Februari 2013 selepas dia didapati berkelakuan mencurigakan di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan.

Wanita itu menaiki penerbangan ke Singapura menerusi Barcelona, Sepanyol dan sebaik tiba di Singapura, dia menaiki penerbangan sambungan ke Pulau Pinang sebelum ditahan.

Chonmanee kelihatan resah dan berjalan perlahan-lahan seolah-olah sedang menahan sesuatu. Dia kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan setelah dia memberitahu bahawa dia telah menelan sesuatu.

Sebanyak 78 biji bahan berbentuk bujur yang dibalut dengan plastik dijumpai di dalam najisnya selama empat hari dan dua biji lagi didapati di dalam kemaluannya.

Ketika membela diri, Chonmanee memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia menerima tawaran daripada seorang rakan bernama Bord untuk mengambil berlian dari Brazil untuk dibawa ke Thailand dan dijanjikan bayaran 70,000 baht.

Katanya ketika di Sao Paolo, Brazil, rakan Bord dan seorang lagi lelaki datang ke rumah penginapannya dan mereka menutup matanya dengan kain serta memaksanya menelan objek berbentuk bulat.

Dia mengambil masa empat jam untuk menelan kesemua objek itu selepas diugut akan dibunuh sekiranya tidak menurut perintah.

Wanita itu berkata selepas itu, dia diberi empat biji pil untuk ditelan dan dia kemudian berasa mengantuk lalu tertidur.

Setelah terjaga, Chonmanee berkata dua lelaki itu kemudian memasukkan sesuatu ke dalam kemaluannya.

Katanya dia diberitahu oleh seorang lelaki berkulit hitam bahawa objek bulat yang ditelannya itu adalah berlian.

Chonmanee diwakili peguam Mohd. Ismail Mohamad manakala Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd. Rashid mewakili pendakwaan. – BERNAMA

Tags: hukuman matikes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd