• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Melaka Lulus Usul Lantik Abidullah Ahli Dewan Negara

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul melantik Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abidullah Salleh, anak jati Kampung Tengkera di sini, sebagai Anggota Dewan Negara bagi mewakili negeri ini.

Usul berkenaan dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan disokong Datuk Latiff Tamby Chik (BN-Telok Mas) sebelum dewan membuat penggulungan perbahasan dan kemudian mendapat persetujuan 22 daripada 28 anggota dewan.

Abidullah yang juga seorang bekas guru berpengalaman luas dalam pelbagai persatuan dan badan bukan kerajaan selain memainkan peranan penting memperkasa UMNO Melaka sejak menyertai parti itu pada tahun 1978.

Ketika mencadangkan usul itu, Idris berkata sejak Jun 2013, Abidullah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN Kesidang iaitu kawasan DAP, namun beliau berjaya memberikan bantuan dengan cemerlang kepada masyarakat di kawasan itu.

“Meskipun DUN Kesidang dihuni majoriti kaum Cina iaitu 60 peratus, bantuan diberikan tanpa mengira latar belakang kaum, agama ataupun politik. Bantuan seperti infrastruktur rakyat yang baharu telah berjaya dibangunkan di kawasan itu.

“Antara infrastruktur rakyat yang dibangunkan ialah Masjid Balai Panjang dan Klinik Kesihatan Kesidang. Tugas yang disandang beliau ibarat seorang wakil rakyat tanpa gelaran namun setiap perkara dilaksanakan seikhlas mungkin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli Dewan NegaraUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd