• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSA Terbakar: Dun Kelantan Ucap Takziah

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga enam pesakit yang maut dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi tadi.

Ucapan itu dirakamkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan sebelum sesi perbahasan Bajet 2017 Kelantan bermula petang ini.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor, hari ini,” katanya pada Persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan hari ini turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan turut mendoakan agar musibah berkenaan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kebakaran, juga pihak hospital yang pada masa ini sudah tentu berada dalam keadaan hiba dan terkejut dengan musibah ini.

“Semoga semua pihak dapat bersabar dan kita doakan agar musibah ini dapat ditangani dengan sebaiknya,” katanya.

Dalam kejadian pukul 8.56 pagi itu, enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan HSA itu.

Sementara itu, dua kakitangan HSA dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang kakitangan lagi dirawat di HSA akibat terhidu asap. – BERNAMA

Tags: Dun KelantanHospital Sultanah AminahHSAkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

22/01/2026
0

Jitra: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Komander Operasi...

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd