• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Pasang CCTV Di Brickfields Pantau OKU Mangsa Jenayah

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan panas sekitar Brickfields bagi mengesan pihak yang melakukan jenayah terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Timbalan Pengarah Perancangan Bandaraya DBKL, Rosli Nordin berkata pemasangan CCTV itu adalah perlu bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah serta mengekang masalah jenayah yang membabitkan golongan OKU.

“DBKL ada memperuntukkan bajet dalam usaha menjadikan bandar kawasan selamat. Kita akan pasang CCTV di kawasan panas seperti di kawasan orang ramai dan sekolah,” katanya pada sesi ramah mesra ‘Be Safe, Feel Safe’ hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab permasalahan yang disuarakan oleh seorang kakitangan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Sahmar Saad, 47, yang juga OKU penglihatan.

Dalam perkembangan lain, Rosli berkata DBKL juga akan mengkaji dan meenyediakan laporan lengkap untuk mewartakan Brickfields sebagai bandar mesra OKU seperti yang dicadangkan oleh Sahmar yang mewakili kira-kira 80 OKU penglihatan pada majlis itu.

“DBKL perlu ada perancangan teliti yang merangkumi semua aspek seperti sosial, infrastruktur dan kemudahan. Laporan lengkap juga akan disediakan dalam masa terdekat dan dibawa ke pihak kementerian supaya dapat dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Sementara itu seorang lagi OKU penglihatan, Mohd Khairi Sulaiman, 49, turut meminta pihak DBKL supaya mengambil tindakan terhadap orang ramai yang memparkir motosikal di atas laluan pejalan kaki dan menutup lubang longkang dengan sebaiknya.

“Keadaan sebegini amat merbahaya buat kami yang tidak nampak. Motosikal yang diparkir atas laluan pejalan kaki membuatkan kaki kami terkena ekzos panas dan beg kami tersangkut di handle motosikal.

“Mengenai penutup longkang yang dilarikan dan lubang saluran air hujan, ia juga berbahaya kepada kami, sampaikan ada antara kami yang terseliuh akibat terjatuh ke dalam lubang,” katanya yang juga merupakan kakitangan MAB.

Program yang dianjurkan sempena sambutan 10 tahun Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) itu turut dihadiri wakil daripada DBKL, Polis DiRaja Malaysia, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Rukun Tetangga Sektor Brickfields.

LA21 KL yang mula dilaksanakan sejak 2005 merupakan program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu DBKL, masyarakat serta sektor swasta untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. – BERNAMA

Tags: CCTVDBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd