AKTOR tinggi lampai, Fattah Amin semakin mendapat perhatian dari peminat tegar drama Melayu, apatah lagi lakonan terbaharunya bergandingan dengan Neelofa sedang hangat diperkatakan.
Dipertemukan melalui drama siri Suri Hati Mr. Pilot, banyak gosip panas antara dua peneraju drama ini menular di media sosial.
Namun sejak semalam lain pula cerita yang viral berkaitan dengan pelakon kegilaan ramai ini.
Heboh di media sosial dan blog hiburan tempatan mengatakan Fattah Amin mempunyai kembar.
Namun yang menariknya, individu yang dikatakan sebagai ‘kembar’ Fattah merupakan seorang wanita dikenali sebagai Dayana Hashim.
Berikut adalah foto Dayana yang dikatakan iras hero Suri Hati Mr. Pilot itu.
Tidak banyak informasi yang boleh didapati mengenai individu bernama Dayana ini. Namun dia menjadi popular sejak dikhabarkan memiliki iras wajah Fattah Amin namun dalam versi wanita.
Menerusi sebuah blog tempatan, pengikut Instagram Dayana dikatakan naik mendadak sejak viralnya status ‘kembar’ itu.
Pun begitu, kes-kes orang awam yang dikatakan memiliki wajah iras selebriti tempatan bukanlah asing lagi di media tempatan.
Terdahulu seorang remaja perempuan dikenali sebagai Nur Syazana Romli, pemilik Instagram @_syzna viral disebabkan rupanya seiras selebriti popular Fazura. – MYNEWSHUB.CC