• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didakwa Miliki Bom Tangan, Pistol, Peluru

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang pemandu lori yang didakwa memiliki sebutir bom tangan, sepucuk pistol dan 24 butir peluru hidup tanpa lesen serta dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pengakuan itu dibuat Syed Amir Asyraf Syed Hamdan, 20, selepas tiga pertuduhan di bawah Akta Senjata Api terhadapnya dibacakan semula oleh jurubahasa di hadapan Hakim Harith Sham Mohamed Yasin.

Tertuduh sepatutnya dijatuhkan hukuman pada hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 23 Sept lepas.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara 9 Jan dan 27 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki bom tangan dan sepucuk pistol, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memiliki 24 butir peluru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Nov ini sebagai tarikh sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh diwakili peguam Azamuddin Abd Aziz. – BERNAMA

Tags: bom tanganmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd