• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chegubard Bebas Tuduhan Anjur Himpunan Di PJ

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin daripada pertuduhan menganjurkan program penghargaan pengundi Selangor, tiga tahun lepas.

Hakim Mohamad Kamil Nizam membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala Badrul Hisham, 38, diwakili peguam Haijan Omar.

Bagi pertuduhan itu, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard didakwa sebagai penganjur, dia gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program.

Pada 8 Dis 2015, Chegubard yang juga bekas Ketua PKR Cabang Rembau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur, Jalan Timur di sini pada 5 petang, 25 Mei 2013.

Pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 itu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Jun 2013, Badrul Hisham didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama.

Bagaimanapun pada 4 Ogos 2014, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan tanpa membebaskan Badrul Hisham selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan. – BERNAMA

Tags: Chegubardperhimpunan haram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kakitangan & 3 Penuntut PSP Terdedah Merkuri

Next Post

3 Polis Dihadap Ke Mahkamah Main Judi Di Tempat Awam

Related Posts

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

29/07/2024
0

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini membenarkan Badrul Hisham Shaharin diremah selama dua hari bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan rasuah...

Eksploitasi Jual Kerepek, Keropok: 12 Diselamatkan, 8 Ditahan

Istana Negara Buat Laporan Terhadap Che’gubard

24/01/2024
0

Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaan tiga wakil Perikatan...

Next Post

3 Polis Dihadap Ke Mahkamah Main Judi Di Tempat Awam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd