• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Pembuli Digantung Sekolah Setahun – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar.

“Ini peringkat cadangan kementerian, namun sudah sampai masanya kita mengenakan tindakan tegas agar isu buli tidak berpanjangan.

“Saya berpendapat isu buli sudah semakin serius dan perlu kita bendung segera dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Bantuan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Laman Kebun Risda Daerah Padang Terap hari ini.

Mahdzir berkata cadangan itu akan membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata pelajar yang digantung tetapi bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia boleh menduduki semula peperiksaan mereka selepas tempoh penggantungan selesai.

“Semasa tempoh penggantungan, pelajar tersebut akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kementerian bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan.

“Kita faham akan ada pihak yang tidak bersetuju dan kita bersedia untuk mendengar pandangan pihak lain sebelum keputusan muktamad dibuat,” katanya.

Mahdzir berkata sekiranya cadangan itu dipersetujui, kementerian mungkin akan melaksanakannya pada Januari tahun hadapan.

Beliau juga berkata pihaknya tidak bercadang untuk memberhentikan terus pelajar dari sekolah demi masa depan pelajar itu sendiri.

Mengenai fenomena air pasang besar, katanya kementerian sedang memantaunya yang membabitkan sekolah.

“Sehingga petang ini fenomena itu masih lagi terkawal dan tidak menjejaskan mana-mana sesi persekolahan. Jabatan Pelajaran Daerah akan melaporkan jika terdapat sekolah yang terjejas,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: kes buliMahdzir Khalidpembuli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd