• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bill Gates Masih Paling Kaya Di Amerika Syarikat

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Bill Gates mengekalkan statusnya sebagai lelaki terkaya di Amerika Syarikat (AS) tahun ini dengan nilai bersih harta berjumlah AS$81 bilion (RM336 bilion), lapor majalah Forbes.

Majalah antarabangsa itu mengumumkan senarai tahunannya mengenai orang paling kaya di AS semalam, dengan ramai nama terkenal berada di tempat teratas.

Pengasas Microsoft itu sekali lagi menduduki tempat teratas pada 2016, mengekalkan kedudukan itu selama 23 tahun berturut-turut.

Tempat kedua melihat perubahan apabila pengasas Amazon, Jeff Bezos mengalahkan Ketua Pengarah Eksekutif Berkshire Hathaway, Warren Buffett dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$67 bilion (RM278 bilion).

Buffett menduduki tempat kedua selama 15 tahun berturut-turut tetapi senarai semalam meletakkannya di tempat ketiga dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$65 bilion (RM269 bilion).

Dua lagi tersenarai dalam lima tempat teratas ialah pengasas Facebook Mark Zuckerberg – AS$55.5 bilion (RM230 bilion) serta pengasas Oracle, Larry Ellison – AS$49.3 bilion (RM204 bilion).

Donald Trump jatuh ke tempat 156 dengan hartanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM15.3 bilion) – kurang AS$800 juta (RM3.3 bilion) berbanding tahun lalu disebabkan kelembapan dalam pasaran hartanah New York. – Agensi/ myMetro Online

Tags: Bill Gatesjutawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rumah Dirempuh Kereta, Warga Emas Maut Ketika Tidur

Next Post

28 Lagi Mayat Pendatang Ditemui

Related Posts

Anak Bill Gates Kahwin Dengan Pemuda Muslim

20/10/2021
0

NEW YORK: Anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates berkahwin dengan seorang pemuda Muslim pada Jumaat lalu di New York....

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

Next Post

28 Lagi Mayat Pendatang Ditemui

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd