• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Alasan Bodoh Tidak Mahu Sertai Bersih 5 – Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu meminta rakyat Malaysia jangan memberi alasan bodoh untuk tidak menyertai demonstrasi jalanan Bersih 5.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kononnya Bersih 5 bukan mahu meniru kekecohan Arab Spring bagi menumbangkan kerajaan negara Islam di Timur Tengah.

“Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan BERSIH meniru atau lanjutan daripada Arab Spring.

“Mereka yang mengatakan himpunan Bersih ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramai pihak bagaimanapun menolak usaha gerakan anti kerajaan dan Pakatan Harapan mengadakan perhimpunan jalanan Bersih 5.

Malah, PAS terlebih dahulu mengumumkan bahawa parti itu tidak akan terlibat lagi dalam demonstrasi yang menimbulkan banyak kekecohan sebelum ini.

Penganjur Bersih 5 mendakwa demontrasi jalanan itu kononnya untuk mendesak sistem pilihan raya yang lebih adil, namun umum mengetahui ia sebenarnya satu perhimpunan untuk memburuk-burukkan kerajaan dan memenangkan pembangkang.

Lebih malang apabila penganjuran perhimpunan Bersih sebelum ini turut disertai gerakan yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Penganjuran Bersih 4.0 pada tahun lalu menyaksikan peserta perhimpunan itu turut mengadakan upacara memijak-mijak gambar dua pemimpin parti politik Melayu terbesar di Malaysia iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – mynewshub.cc

Tags: BERSIH 5Mat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd