• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Memanah Diberi Tempoh 2 Minggu Jawab Isu Doping

oleh AK-47
05/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memberi tempoh dua minggu kepada dua pemenang pingat Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak yang didapati positif doping untuk memberikan penjelasan.

Pemangku Setiausaha Kehormat NAAM Mejar (B) Amir Suharman Adnan berkata pihaknya telah menghantar surat mengenai perkara tersebut kepada persatuan memanah negeri sebagai wakil memandangkan kedua-dua atlet itu masih bersekolah.

Namun, sehingga kini badan induk sukan itu tidak boleh menyatakan nama atlet tersebut dan warna pingat yang diperoleh di SUKMA Sarawak pada Julai lepas.

“Kita menghantar surat kepada mereka (persatuan memanah negeri) pada Jumaat lepas dan mereka perlu menjelaskan perkara yang berlaku sebelum sebarang tindakan diambil.

“Atlet juga perlu beritahu sekiranya mereka mahu membuka sample B atau menjalani prosiding pendengaran berhubung kes doping mereka itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Amir Suharman berkata sekiranya didapati bersalah, dua atlet itu berdepan penggantungan empat tahun dan boleh dikurangkan sehingga dua tahun jika boleh membuktikan penggunaan tersebut bukan silap mereka.

Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini mengumumkan dua atlet itu didapati mengambil bahan terlarang jenis sibutramine iaitu bahan yang terkandung dalam ubat diet dan melangsingkan badan.

Ia juga merupakan dadah yang sama dikesan digunakan atlet wusyu negara Tai Cheau Xuen ketika Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan sebelum ini.

Penggunaan sibutramine bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan Agensi Antidoping Dunia (WADA).

“Isu doping melibatkan sukan memanah adalah pertama kali berlaku, kita akan menyelesaikan perkara ini secepat yang mungkin,” katanya.

Selain dua atlet memanah itu, Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) yang menjalankan ujian doping dari 20 hingga 30 Julain lepas telah mendapati seorang atlet angkat berat didapati positif kerana mengambil bahan terlarang iaitu anabolic steroids manakala seorang lagi atlet tinju didapati positif diuretika. – BERNAMA

Tags: Dopingmemanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Rasuah Sabah: 30 Anggota SPRM, 15 Jam Kira RM52 Juta

Next Post

Helikopter Nuri TUDM Masih Selamat Digunakan

Related Posts

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

09/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 400 sampel akan diambil Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) sebelum temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024...

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Next Post

Helikopter Nuri TUDM Masih Selamat Digunakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd