• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atilia Amal Perubatan Cina, Ikhtiar Dapat Cahaya Mata

oleh AK-47
10/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP pasangan suami isteri mendambakan hadirnya buah hati di antara mereka sebagai pelengkap kebahagiaan kehidupan rumah tangga yang dibina.

Begitulah yang dilalui oleh penyanyi Atilia Haron yang telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2014 namun masih belum dikurniakan zuriat.

Menerusi BH Online, Atilia dan suaminya, Adam Sofian Mazlan tidak pernah berputus asa mencuba pelbagai rawatan termasuklah mengamalkan cara perubatan tradisional Cina.

Atilia Amal Perubatan Cina, Ikhtiar Dapat Cahaya Mata

“Saya sedang berusaha termasuk mencuba cara perubatan tradisional Cina dengan meminum air rebusan akar kayu. Memang tidak tertanggung pahitnya tetapi saya kuatkan juga hati untuk meminumnya,” katanya.

Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron yang sudah mencecah usia 40an. Oleh itu, naluri untuk menjadi seorang ibu semakin menebal dalam dirinya. Apatah lagi, rakan-rakan rapatnya kini kesemuanya sudah mempunyai anak.

“Lucunya anak mereka kini menjadi teman rapat saya dan sesekali apabila tidak terikat dengan sebarang komitmen, saya akan menemani mereka keluar seperti bermain boling bersama-sama.

“Situasi itu membuatkan saya sentiasa berdoa supaya dikurniakan segera anak, apatah lagi saya memang sukakan kanak-kanak,” jelasnya.

Puteri kepada penyanyi Salamiah Hassan ini mengakui kali ini dia bersungguh-sungguh mahu mendapatkan zuriat memandangkan usia kian meningkat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

Tags: atiliacahaya mata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hasrat Timang Anak Sulung Tak Kesampaian, Wanita Hamil Dan Ibu Maut Kemalangan

Hasrat Timang Anak Sulung Tak Kesampaian, Wanita Hamil Dan Ibu Maut Kemalangan

03/12/2023
0

ALOR SETAR: Hasrat seorang wanita menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian selepas dia maut bersama ibu kandungnya dalam kemalangan jalan...

Putera Kedua TMJ Dinamakan Tunku Abu Bakar Ibrahim

25/07/2019
0

JOHOR BAHRU - Putera kedua Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Abu Bakar Ibrahim. Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd