• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Raih 2 Anugerah Di World Travel Awards

oleh AK-47
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia’ bagi kali keempat di World Travel Awards (Asia & Australasia) yang berlangsung di Da Nang, Vietnam pada Sabtu.

Selain anugerah itu, AirAsia turut julung kali meraih anugerah ‘Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terkemuka Asia’ pada acara yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kejayaan tersebut menandakan perkhidmatan syarikat itu tidak hanya terbaik dalam kelasnya, malah turut cemerlang dalam kelas tambang rendah dan perkhidmatan penuh.

“Kami hanya baru bermula. Kami sedang usahakan banyak lagi idea yang lebih inovatif untuk menjadikan perkhidmatan dalam penerbangan kami lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, World Travel Awards (Asia & Australasia) bertujuan mengiktiraf, memberi anugerah serta meraikan kecemerlangan semua sektor dalam industri pengembaraan dan pelancongan di Asia Pasifik.

“Angerah-anugerah itu dipilih oleh beribu-ribu profesional pengembaraan dan pengguna pelancongan mewah,” menurutnya.

Selain itu, syarikat penerbangan berkenaan dinilai berdasarkan kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan, prestasi perniagaan keseluruhan, inovasi produk serta pembangunan dan hubungan kakitangan.

Menurut kenyataan itu, penilaian tersebut turut dibuat dari aspek tanggungjawab sosial korporat dan sumbangan kepada masyarakat setempat, komitmen terhadap dasar lestari, serta memenuhi visi korporat jangka panjang. – BERNAMA

Tags: AirAsiapesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd