• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Batal Terbang Ke Destinasi Dilanda Taufan Haima

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Langkawi dan Johor Baru ke selatan China dan Taiwan bagi perjalanan Khamis dan Jumaat akan terjejas akibat Taufan Haima.

AirAsia, dalam kenyataan pada Rabu berkata berikutan taufan itu, beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan atau diubah jadualnya termasuk penerbangan Khamis dari/ke Kota Kinabalu ke selatan China (Hong Kong, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Guangzhou) dan Taiwan (Taipei).

Turut terjejas pada Khamis adalah penerbangan ke/dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung, Shenzhen dan Guangzhou dan dari/ke Johor Bahru ke Guangzhou.

Penerbangan yang dibatalkan dan dijadualkan semula pada Jumaat adalah penerbangan dari/ke Kota Kinabalu ke selatan China (Hong Kong, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Guangzhou) dan Taiwan (Taipei).

Turut dibatalkan dan dijadualkan semula adalah penerbangan ke/dari Kuala Lumpur ke Shantou, Changsha, Shenzhen, Hong Kong, Guangzhou, Macao; penerbangan ke/dari Johor Bahru ke Guangzhou dan penerbangan ke/dari Langkawi ke Guangzhou.

“Semua penumpang yang terjejas akan dimaklumkan AirAsia menerusi e-mel dan SMS,” tambah kenyataan itu.

AirAsia juga menggalakkan semua penumpang untuk mengemaskinikan maklumat mereka di airasia.com bagi memastikan mereka dimaklumkan mengenai perkembangan penerbangan mereka.

Syarikat itu juga menjelaskan mereka akan memantau impak taufan itu dan akan terus memaklumkan kepada penumpang mengenai sebarang perubahan ekoran Taufan Haima.

AirAsia juga menasihatkan semua penumpang ke kawasan terbabit untuk memeriksa status penerbangan mereka menerusi laman web syarikat itu serta laman sosial Facebook dan Twitter. – BERNAMA

Tags: AirAsiaTaufan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd