• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar: Jumlah Mangsa Di Kota Kuala Muda Naik

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di enam buah kampung di Kota Kuala Muda yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan meningkat kepada 94 orang daripada 27 keluarga berbanding 85 orang semalam.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan bagaimanapun hanya melibatkan penduduk kawasan Kampung Sungai Meriam.

“Sehingga pukul 4.00 pagi tadi, seramai 21 mangsa daripada enam keluarga telah dipindahkan berbanding hanya 12 mangsa daripada tiga keluarga, sewaktu pusat pemindahan di rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam dibuka pada pukul 1.30 pagi semalam.

“Bilangan mangsa di tiga lagi pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala, Dewan Kampung Paya dan Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil kekal seperti sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Katanya seramai 29 mangsa daripada 12 keluarga dari Kampung Masjid, Kampung Ujung Matang dan Kampung Padang Salim masih berada di SK Seri Kuala.

“Seramai 20 lagi mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Paya juga masih ditempatkan di Dewan Kampung Paya manakala 24 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Sungai Yu kini berada di Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besarKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd