• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

65 Taska, 11 Pusat Jagaan Kanak-Kanak Dibatal Pendaftaran

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 65 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata dalam tempoh itu juga, sebanyak lapan taska dan enam pusat jagaan telah didakwa di mahkamah manakala 11 taska dikenakan tindakan kompaun.

Kementerian komited dalam soal yang melibatkan nyawa kanak-kanak selain menggesa pengusaha taska untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang memantapkan lagi mekanisma pemantauan dan penguatkuasaan terhadap taska milik swasta bagi memastikan kualiti asuhan sentiasa terjamin.

Chew berkata mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga 30 Sept tahun ini sebanyak 862 taska telah diaudit di bawah Penilaian Akreditasi Taska 2016.

Katanya jumlah itu telah melebihi sasaran dan memberi petunjuk bahawa kementerian sangat serius untuk memastikan kualiti asuhan kanak-kanak di taska berada pada tahap memuaskan.

“Usaha berterusan dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak diperlukan bagi memastikan aspek keselamatan, pengasuhan yang sesuai mengikut umur, aktiviti yang sesuai dengan perkembangan spiritual kanak-kanak ini dapat dijayakan,” katanya.

Sementara itu, Chew ketika dihubungi berkata antara kesalahan dilakukan taska dan pusat jagaan kanak-kanak sehingga dikenakan tindakan terutama dibatalkan pendaftaran termasuk keadaan premis yang berbahaya kepada kanak-kanak serta tidak mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: Lesentaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd