• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Premis Di Bentong Rosak Setelah Dilanda Ribut

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 50 buah premis termasuk 46 rumah di Felda Chemomoi dan Felda Kemansul, Bentong mengalami kerosakan setelah dilanda ribut dalam kejadian yang berlaku petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang Zainal Yusoff berkata kejadian hujan lebat dan ribut itu berlaku kira-kira lima hingga 10 minit pada 5.45 petang.

“Sebanyak 50 buah premis iaitu 46 buah rumah, sebuah sekolah, dua buah kedai dan Pejabat Felda di dua kawasan berkenaan terlibat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Pahang berkata bagaimanapun tiada sebarang pusat pemindahan dibuka dan penilaian kerosakan harta benda masih dalam siasatan.

Dalam masa sama, Zainal berkata kerja-kerja pemasangan atap dan pembersihan kawasan sedang dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan termasuk APM, polis serta penduduk.

Bantuan awal bencana untuk mangsa yang terlibat juga akan disalurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan bebanan mangsa yang terlibat. – BERNAMA

Tags: bentongribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd