• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Jam Tanggung Derita Diseksa Kerana Cemburu

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja perempuan nyaris maut selepas diseksa dengan kejam selama hampir empat jam oleh empat rakannya di Brazil, baru-baru ini.

Kesemua pelajar perempuan yang berusia 13 dan 16 tahun itu menyeksa mangsa berusia 14 tahun sambil merakamkan aksi kejam tersebut menggunakan telefon bimbit.

Mirror.Co melaporkan mangsa dipukul dengan sebatang kayu di bahagian kepala dan badan serta diheret ke dalam sebuah lubang yang dipercayai digali untuk membunuh mangsa.

Dalam video berkenaan turut memaparkan seorang daripada suspek memegang sebilah parang untuk menyeksa dan dipercayai membunuh mangsa.

4 Jam Diseksa Kerana CemburuMangsa yang cedera itu berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripada penduduk tempatan ketika semua suspek sedang membasuh tangan yang dipenuhi dengan darah.

Susulan kejadian itu, empat pelajar perempuan ditahan di Trindade, Brazil selepas rakaman penyeksaan berkenaan ditemui polis.

Ketua Polis Tempatan, Renata Vieira berkata, semua suspek dan mangsa dari sekolah yang sama dan ada diantaranya mengenali sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu kerana mangsa merampas dan berjumpa dengan seorang daripada kekasih suspek.

Katanya, seorang daripada suspek memang berniat membunuh mangsa dan marah apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya berkata, dia diperdaya oleh suspek tersebut untuk menghadiri sebuah parti yang diadakan di kawasan taman rumah mereka.

“Apabila sampai, mereka menutup mata, memukul dan mengikat saya sebelum menunjukkan tempat saya akan dikebumikan.

“Mereka menikam dan letakkan saya di dalam lubang. Saya fikir akan mati di sana,” katanya yang dipetik dari Mirror.Co.

Kesemua suspek berdepan tuduhan melakukan penyeksaan dan cubaan membunuh tetapi disebabkan faktor di bawah usia, mereka dijangka dihantar ke pusat pemulihan akhlak selama tiga tahun jika disabitkan kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BrazilDeraseksa
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd