• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Suspek SPRM Di Sabah Bebas Tahanan Reman

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan berhubung projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin antara RM50,000 hingga RM500,000.

Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintahkan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini dengan adiknya yang bergelar Datuk, masing-masing dibebaskan dengan ikat RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berhubung kes berkenaan berkata seorang lagi suspek yang merupakan akauntan kepada Datuk berkenaan pula dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Menurut sumber berkenaan, kesemua suspek akan dipanggil semula untuk membantu siasatan pada bila-bila masa sekiranya perlu.

“Siasatan masih dijalankan dan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Semalam seorang pengarah jabatan yang sama dengan timbalan pengarah berkenaan turut dibebaskan daripada tahanan reman, juga dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin.

Pada 11 Oktober lepas, SPRM dibenarkan menahan reman pengarah itu selama lima hari lagi manakala tiga suspek yang lain dibenarkan ditahan reman tujuh hari lagi selepas tempoh tahanan reman tujuh hari mereka sejak 5 Oktober lalu tamat.

Setakat ini SPRM telah merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan kes itu.

Ketika keempat-empat suspek ditahan pada 4 Oktober lalu, SPRM antara lain turut merampas wang tunai lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan 127 geran tanah dianggarkan bernilai RM30 juta.

Pada Jumaat lalu pula, timbalan pengarah jabatan kerajaan berkenaan yang bersara tahun lalu ditahan SPRM serta merampas dua buah kenderaan mewah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur itu.

Dia masih direman selama enam hari.

Siasatan kes akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. – BERNAMA

Tags: remanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd