• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suspek Dera Kanak-Kanak OKU Direman Seminggu

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap dua suspek yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) di Bukit Tekedai dekat Endau, Mersing, Rabu.

Perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 27 Okt, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Faridatul Farrah Mohd Shukri.

Ia bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dilakukan ke atas ibu kandung dan abang kepada bapa tiri kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

Semalam, seorang lagi suspek iaitu bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, turut direman di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

Perintah reman terhadapnya juga berkuat kuasa selama seminggu sehingga 26 Okt.

Ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar Endau, Mersing pada 4 petang semalam, selepas laporan bedah siasat kanak-kanak itu mendapati ada unsur penderaan.

Pada 19 Okt, Mohamad Roshamnudin Abdullah didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibu mangsa.

Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau selepas dibawa ke klinik tersebut.

Namun, siasatan awal di Klinik Kesihatan Endau mendapati badan mangsa mempunyai kesan melepuh seperti terkena benda panas dipercayai api rokok. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd