• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Kanak-Kanak Disahkan Positif Rotavirus Di Kedah

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sejumlah 13 daripada 17 kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital kerana mengalami muntah dan cirit-birit selepas mandi di taman tema air Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, disah positif Rotavirus.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata tiga lagi kes masih menunggu keputusan ujian makmal dan satu kes diberi rawatan pesakit luar.

“Sejumlah 13 kanak-kanak masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil manakala tiga lagi telah dibenarkan keluar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua mangsa dimasukkan ke hospital akibat muntah dan cirit-birit setelah berkunjung ke taman tema itu pada 28 Sept lalu, dengan tujuh kes pertama direkodkan pada hari yang sama.

Susulan itu, dua kes lagi direkodkan masing-masing pada 29 dan 30 Sept, serta enam kes baharu hari ini membabitkan kanak-kanak berumur antara setahun dan sembilan tahun.

Dr Norhizan berkata daripada enam kes baharu hari ini, tiga daripadanya dirawat di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, tiga di Hospital Kulim dan seorang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Selama, Perak.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus dan sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah dengan gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakRotavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PLUS Siap Siaga Hadapi Banjir Di LPT2

Next Post

Agenda Pembangunan Sabah, Bela Nasib Rakyat Dipergiat

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Next Post

Agenda Pembangunan Sabah, Bela Nasib Rakyat Dipergiat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd