• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Pemuda Baju Hitam Berarak Desak LGE Berundur

oleh
27/10/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sekumpulan pemuda berbaju hitam berarak ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendesak peletakan jawatannya selepas terpalit skandal rasuah.

Kumpulan diketuai Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berhimpun di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan menyatakan bantahan mereka terhadap pemimpin DAP itu supaya segera berundur.

Mereka yang memakai baju gelap tertera perkataan ‘Pemuda Bangkit‘ mahu Guan Eng agar meletak jawatan atau mengambil cuti susulan dua tuduhan rasuah yang dihadapinya dan kes itu sudah pun dibicarakan di mahkamah.

Hadir sama ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun. Mereka mula memenuhi kawasan Komtar kira-kira pukul 2 petang Rabu selepas berarak dari beberapa lokasi di negeri ini termasuk dari Seberang Perai.

“Kita akan teruskan himpunan ini dan jika keadaan mendesak, kita tidak tolak kemungkinan mengadakannya di hadapan kediaman Guan Eng sendiri,” tegas Rafizal ketik ditemui pemberita selepas perarakan tersebut berakhir.

1,000 Pemuda Baju Hitam Berarak Desak LGE Berundur

Kumpulan berkenaan yang membanjiri kawasan sekitar bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan menempatkan pejabat kerajaan negeri itu turut memegang sepanduk menentang penganjuran himpunan haram Bersih 5.0.

Sambil mengikrarkan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kumpulan pemuda itu turut melaungkan bantahan terhadap dasar diskriminasi Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak memerintah pada 2008.

“Ketua Menteri sudah pun secara rasmi didakwa dengan dua tuduhan rasuah. Tiada siapa boleh terima orang yang telah pun disabitkan dengan kesalahan jenayah di mahkamah untuk terus memimpin Pulau Pinang.

“Mengapa pihak Bersih hanya desak Najib untuk meletak jawatan sedangkan dia dipilih secara demokrasi,” kata Khairul Azwan sambil mencabar penganjur Bersih bagi melakukan desakan yang sama terhadap Guan Eng pula.

Rafizal sementara itu berkata pihaknya akan meneruskan perhimpunan berkenaan selagi Guan Eng enggan bercuti atau melepaskan jawatan sebagaimana dilakukan ramai pemimpin Barisan Nasional apabila didakwa di mahkamah.

1,000 Pemuda Baju Hitam Berarak Desak LGE Berundur

Beliau juga menggesa pihak Bersih, yang merancang mahu mengadakan perhimpunan jalanan tanpa permit pihak polis secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 19 November ini untuk melupakan hasrat jahat tersebut.

“Di mana ada Baju Kuning, akan ada Baju Merah!” katanya. Guan Eng kini berdepan tuduhan rasuah susulan skandal banglonya di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran semasa selain penukaran status tanah Taman Manggis.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan korupsi itu dan kes penyelewengan profil tinggi berkenaan akan disebut semula buat kali kedua pada 6 Disember di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Ini kali kedua kumpulan ‘Pemuda Bangkit‘ yang turut disertai Pemuda UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpunan aman di negeri itu bagi membantah penganjuran Bersih 5.0 dan kerajaan DAP.

Awal bulan lalu, kumpulan sama yang memakai baju berwarna merah turut mengadakan perhimpunan sama di Persiaran Gurney membabitkan seramai 3,000 anak muda dari negeri-negeri Utara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Baju HitamBaju MerahDAPLim Guan EngPemuda Bangkit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johor Umum Pampasan Kepada Waris Dan Mangsa

Next Post

PM Bidas Pihak Putar Belit Fakta Ekonomi Negara

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

PM Bidas Pihak Putar Belit Fakta Ekonomi Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd